Senin, 30 Desember 2013
Video “Ahmad’s Dream” Ajar Jadi Murtad
Video “Ahmad’s Dream” Ajar Jadi Murtad
PUTRAJAYA — Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Malaysia (Perbak Malaysia) membuat laporan polis mengenai klip video yang dimuat naik ke laman web perkongsian video Youtube berjudul “Ahmad’s Dream”, sebuah drama yang memaparkan kisah seorang lelaki tempatan menerima wahyu.
Pengerusi Tetapnya, Muhammad Khairul Hafiz Abdullah berkata, laporan polis itu dibuat Selasa lalu selepas pihaknya menerima beberapa aduan orang ramai mengenainya.
Beliau berkata, drama yang dibahagikan kepada beberapa episod itu dilihat mengajar bagaimana cara hendak menjadi murtad dan menurutnya, ia dimuat naik kira-kira tiga tahun lalu dengan jumlah penonton sehingga kini melebihi 22,000 orang.
Katanya, laporan itu dibuat bagi mendesak polis, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat dan menyekat penyebaran video itu, di samping mengambil tindakan ke atas para pelakon yang terbabit. — BERNAMA
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar