Rabu, 25 Desember 2013
Samsung Lancar Galaxy Round Di Korea Selatan
Wow! Sesuatu yang agak menarik dari syarikat pengeluar telefon pintar ternama, Samsung, apabila mereka menghasilkan telefon berskrin melengkung.
Samsung Galaxy Round khabarnya akan dilancarkan hari ini di Korea Selatan dengan skrin 5.7 inci seperti yang boleh dilihat pada Galaxy Note 3.
Reka bentuk lengkung ini hampir menyerupai Samsung OLED TV dan fungsi ini dipanggil “Interaksi Melengkung”.
Setakat ini, belum dinyatakan lagi secara umum akan keseluruhan fungsi dan kelebihan telefon pintar baru ini, namun dengan kamera 13 megapixel, RAM 3GB, pemproses 2.3Ghz OctaCore, kami yakin ia agak mengagumkan bagi peminat tegar Samsung.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar