Rabu, 25 Desember 2013

Anang Puji Sikap Penyayang Ahmad Dhani


PENYANYI dan komposer Anang Hermansyah memberitahu rakan baiknya iaitu Ahmad Dhani telah banyak berkorban dalam menjaga Abdul Qadir Jailani atau Dul sejak terlibat dalam sebuah kemalangan ngeri pada bulan lalu.

Anang berkata, Dhani sentiasa berada di sisi Dul ketika remaja berusia 13 tahun itu berada di hospital dan telah menjaganya dengan baik.

“Beberapa kali saya datang melawat Dul di hospital dan melihat Dhani sangat prihatin terhadap anaknya dan sentiasa berada di sisinya,” katanya.

Kasih bapa…Ahmad Dhani menolak kerusi roda Dul selepas remaja berusia 13 tahun itu dibenarkan keluar hospital.

Tambah Anang, walaupun ramai pihak mengecam tindakan Dhani yang terlalu memanjakan anak-anaknya namun sikap lelaki itu melayan anaknya menyentuh hatinya sebagai seorang bapa.

“Sudah tentu kejadian yang menimpa Dul menjadi pengajara paling besar buat Dhani dan dia menjadi seorang yang lebih kuat demi anak-anaknya,” jelasnya.

Dalam perkembangan sama, Dul yang telah dibenarkan keluar dari hospital dan sedang berehat di rumah. – mStar Online

Tidak ada komentar:

Posting Komentar