Selasa, 17 Desember 2013
Misteri kematian tapak Sulaiman
Misteri ...
KENT - Kehadiran beribu-ribu tapak Sulaiman yang tiba-tiba terdampar di pesisir pantai Teluk Pegwell berhampiran Sandwich, Kent menjadi tanda tanya berikutan jumlahnya yang banyak, lapor sebuah akhbar semalam.
Para pegawai di Agensi Alam Sekitar Britain memberitahu bahawa tapak Sulaiman mati dipercayai akibat kekurangan spesies kupang yang merupakan sumber utama makanan haiwan itu.
Para pegawai agensi itu juga tidak mempercayai kematian hidupan laut itu mempunyai hubungan dengan fenomena ribut taufan yang melanda pada minggu lalu.
Bagaimanapun, agensi tersebut tidak menolak kewujudan beribu-ribu bangkai haiwan itu mungkin disebabkan oleh pencemaran atau perubahan cuaca.
Para pegawai di agensi itu akan menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut sekiranya kejadian itu berpunca oleh aktiviti mengutip kupang oleh para nelayan.
"Tapak Sulaiman hidup secara berkumpulan di dalam satu kawasan yang luas dan sumber makanan hidupan tersebut adalah memakan kerang-kerang," kata seorang jurucakap agensi.
Selain itu, haiwan itu dipercayai bergerak ke air cetek untuk mencari bekalan makanan berikutan kekurangan kupang.
Bangkai tapak Sulaiman tidak mendatangkan bahaya kepada hidupan lain termasuk manusia dan ia akan dimakan oleh burung. - Agensi
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar