Jumat, 27 Desember 2013
UMNO PANAS… Zahid Dedah Mat Sabu Pengikut Ajaran Syiah!
Ini bukanlah mengejutkan, tapi ‘timing’ dan siapa yang dedah itu agak mengemparkan, al kisah di Perhimpunan Agung UMNO petang Sabtu, Naib Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan bawa ada dikalangan pemimpin PAS adalah pengikut ajaran syiah.
Semuanya bermula ketika Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri melaporkan kepada perwakilan bahawa Pertubuhan Pendaftaran (Agensi bawah KDN) menolak permohonan Majlis Syiah Malaysia.
Menurut Zahid beliau juga telah berkerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menubuhkan Suruhanjaya Tangani Ajaran Sesat yang disifatkan beliau akan memecah belahkan umat Islam.
Menurut beliau, selepas ini KDN akan menyita premis tempat menyebarkan ajaran sesat.
Di satu peringkat, kata Zahid, beliau minta PAS supaya berkerjasama dengan UMNO untuk memerangi ajaran sesat.
Bagaimanapun, beliau hairan bagaimana parti Islam tersebut boleh memilih pemimpin dari kalangan pengikut Syiah.
“Kita tahu siapa pemimpin Syiah dalam PAS,” katanya seraya disambut sorakan oleh perwakilan UMNO “siapa, siapa?”.
Kenyataan Zahid menyebabka Dewan Merdeka yang dipenuhi perwakilan bergema dengan sorakan.
Sehingga ucapan Zahid terhenti seketika, sebelum Pengerusi Tetap Tan Sri Badaruddin Amiruddin mencelah bikin panas “cer cerita…cer cerita…”
Yang dijawab oleh Zahid…”Kita hairan bagaimana PAS boleh orang itu sebagai pemimpin nombor dua parti,”.
Beliau seterusnya meminta JAKIM mengambil tindakan ke atas pemimpin PAS tersebut.
Hanya seorang pemimpin nombor dua dalam PAS iaitu Mohamad Sabu yang memimpin parti tersebut penggal kedua bersama Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – Agendadaily.com
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar