Rabu, 01 Januari 2014
Jumpa Mayat Tertiarap Di Jeti
KUALA DUNGUN – Misteri bau busuk berdekatan sebuah warung terjawab berikutan penemuan mayat, di sini, petang semalam.
Mayat ditemui seorang peniaga warung makan di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Dungun, kira-kira jam 4 petang, selepas terhidu bau busuk sebelum terpandang objek seperti manusia.
Peniaga terbabit yang enggan dikenali memaklumkan penemuan itu kepada sekumpulan nelayan yang berada berdekatan lalu mereka ke lokasi terbabit untuk melihat lebih dekat.
Mayat dalam keadaan tertiarap tanpa baju itu dipercayai lelaki Melayu dan selepas dibuat pengecaman mangsa dikenali sebagai Majlan Din, 51.
Kali terakhir mangsa dilihat orang ramai, lewat petang kelmarin berdekatan lokasi dia ditemui mati berhampiran stor penyimpanan air batu di kompleks pendaratan bot ikan.
Mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk pemeriksaan lanjut.
Semakan rekod lampau polis mendapati mangsa pernah terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
Jenazah mangsa yang beralamat di Jalan Delima, Dungun dituntut ahli keluarga dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahya.
Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat terbabit. - Sinar Harian Online
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar