Rabu, 01 Januari 2014

11 sekolah di Lahad Datu diarah tutup sementara kata Mohd Puad

March 02, 2013
BATU PAHAT, 2 Mac — Sebanyak 11 sekolah di Lahad Datu, Sabah diarah ditutup sementara bermula semalam, susulan insiden tembak-menembak antara pasukan keselamatan negara dan penceroboh dari selatan Filipina di Kampung Tanduo semalam.

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata dua sekolah diarah tutup sehingga Isnin ini manakala sembilan lagi ditutup sehingga Rabu depan.

"Kita memandang berat tentang aspek keselamatan pelajar serta guru dan sehubungan itu kesemua 11 buah sekolah ini diarah tutup sementara.

"Ia akan dibuka semula pada hari tersebut selepas ada jaminan daripada pihak berkuasa keadaan keselamatan di sana terkawal. Jika tidak, (sekolah) akan ditutup lagi," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Mohd Puad yang ditemui selepas merasmikan projek strategi lautan biru kebangsaan My Beautiful Neighbourhood (MyBN), berkata semua sekolah terbabit akan melaksanakan sesi persekolahan ganti.

Dalam insiden pukul 10 pagi itu, dua anggota komando polis VAT 69 terkorban manakala tiga lagi cedera parah setelah diserang oleh kumpulan penceroboh bersenjata yang mendakwa sebagai Tentera Kesultanan Sulu. — Bernama

Tidak ada komentar:

Posting Komentar