Jumat, 31 Januari 2014

Tangan gadis kecik dicincang kerana jadi saksi penculikan

 Ilustrasi: gimpusers Ilustrasi: gimpusers

BIHAR - Kumpulan penjenayah di India, mencincang tangan gadis berusia delapan tahun dengan pedang. Hal itu disebabkan  gadis itu menjadi saksi   atas kes penculikan saudaranya.

Uzma Ara pergi ke Patna, Bihar, bersama keluarganya untuk membebaskan adiknya yang bernama Julfikar yang di daerah   Darbhanga. Ayah Uzma, Ainul Ansari mengatakan bahawa puterinya menjadi sasaran serangan dari kumpulan penjenayah kerana Uzma mengetahui kronologis penculikan Julfikar dengan cukup baik.

Setelah Uzma diserang, Uzma langsung dilarikan ke rumah sakit di Patna. Tangan kanan gadis itu sudah putus, kumpulan  itupun masih memburu keluarga Uzma yang mengadukan peristiwa penculikan itu kepada pollis . Demikian, seperti diberitakan Daily Mail, Selasa (2/7/2013).

Pemerintah di Bihar erus membuat penyiasatan yang terperinci mengenai kes jenayah itu. Ibunda Uzma, Nasreen Khatoon, langsung mengadukan peristiwa ini ke Ketua Daerah Nitish Kumar.

Ketikaini, pasukan keselamatan India mengadakan penyelidikan dengan melalui dua sudut pandang. Pertama adalah kejahatan mutilasi dan yang kedua adalah kejahatan penculikan.

Seperti diketahui, Ansari yang bekerja sebagai seorang tukang jahit turut diperas oleh kelompok penjenayah itu. Ansari dipaksa membayar mereka  itu dengan dana sebesar 3.300 Poundsterling  setiap bulan.

Ansari juga mengatakan, polis setempat menolak untuk menyiasat kes kejahatan ini kerana keluarga Ansari menolak untuk menambah wang sebagai jasa polis  dalam penyelidikan kes penculikan itu. (AUL)okezone
Read More..

Kamis, 30 Januari 2014

Deejay Nasa Terselamat Kemalangan


PETALING JAYA – Deejay radio Astro, Nasa mengalami kemalangan jalan raya apabila kereta pacuan empat roda Mitsubishi Triton di pandunya terlanggar seekor lembu di Desa Coalfield, Sungai Buloh, dekat sini kira-kira pukul 5 pagi Khamis.

Nasa atau nama sebenarnya Nasaruddin Abdul Karim, 48, berkata, pada waktu kejadian, dia dalam perjalanan dari rumahnya di Puncak Alam, Shah Alam, untuk menghantar tiga anaknya yang bersekolah di Kampung Baru, dekat sini.

Katanya, ketika kejadian keadaan jalan agak gelap sehingga dia tidak nampak seekor lembu yang muncul secara tiba-tiba sebelum terlanggar haiwan berkenaan sehingga mati.

“Ketika itu saya dari Puncak Alam, ingin menuju ke Kampung Baru untuk menghantar tiga anak saya yang bersekolah di sana.

“Memandangkan jalan gelap, tanpa disedari datang pula seekor lembu yang entah dari mana dan saya terlanggar haiwan itu sehingga ia tercampak ke tepi,” katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.
Beginilah keadaan kereta pacuan empat roda dipandu Nasa yang remuk akibat terlanggar lembu.

Tambah Nasa, dia bersyukur apabila dia bersama tiga anaknya iaitu Muhammad Nor Syazwan, 17, Nurul Syafiqah, 15, dan Nurul Syazurina, 10, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Dalam pada itu, Nasa turut berkongsi perasaan lucu dan pelik kerana semasa kejadian penduduk berdekatan tidak mempedulikannya tetapi kebanyakan mereka berkerumun melihat lembu berkenaan yang mati.

“Saya hairan, selepas kemalangan, saya lihat ramai orang yang keluar dengan lampu suluh untuk melihat apa yang berlaku. Ingatkan mereka nak datang kepada saya, tetapi mereka pergi lihat lembu tersebut.

“Mungkin salah seorang daripada mereka adalah pemilik lembu berkenaan,” ujarnya.

Sementara itu, Nasa menasihati semua penggembala lembu agar tidak membiarkan haiwan peliharaan berkeliaran di jalan raya kerana ia boleh mengancam nyawa orang ramai. – mStar Online
Read More..

Kamis, 09 Januari 2014

Meja Portable untuk Laptop Bisa di Lipat Murah dan Praktis

Jual MEJA untuk LAPTOP kecil yang bisa di LIPAT serta PORTABLE dengan harga MURAH. Dapat digunakan dimana saja praktis dan dengan bentuk yang unik dan menarik, kamu dapat meletakannya dimanapun, bahkan ditempat tidur sekalipun.

Meja Portable untuk Laptop ini sangat cocok bagi kamu yang suka bepergian, dikarenakan bentuknya yang kecil praktis bisa dilipat jadi mudah untuk dibawa, misalnya kamu lagi sedang menginap di hotel atau apartemen yang ruangannya kecil maka kamu bisa menempatkannya dimeja kecil, sofa ataupun ditempat tidur.

Oke langsung saja kita simak apa saja kunggulan dan kelebihannya berikut:
  • Meja Laptop Portable yang ringan dan kecil, dapat dilipat praktis bisa dibawa kemanapun dan ditempatkan dimanapun, untuk penyimpanannya dapat diletakkan atau dimasukkan di tas bersama dengan laptop kamu.
  • Bahan Meja Laptop Portable ini terbuat dari fiber plastic yang bertekstur unik.
  • Terdapat tombol untuk pembuka atau pengunci saat meja pada posisi sedang dilipat.
  • Alas kaki meja Laptop ini terbuat dari karet sehingga tidak licin saat digunakan.
  • Meja Portable Laptop lipat ini memiliki ukuran lebar 56 cm x 32 cm, cukup lebar sehingga kamu dapat leluasa untuk bergerak.
  • Meja untuk Laptop Lipat ini terdapat tempat untuk mouse serta juga terdapat tempat untuk minuman, sungguh sangat praktis buat kamu yang sedang santai sambil mengerjakan pekerjaan.
  • Laptop ini juga terdapat 2 cooling USB Fan agar Laptop tidak terlalu panas apabila digunakan terlalu lama.
  • Untuk sudut serta tinggi dan rendah meja Laptop portable ini bisa diatur sesuai dengan keinginan kita.
Dan Meja Portable untuk Laptop ini terbuat dari bahan plastik yang sangat kokoh serta ringan, simpel, dan bisa ditekuk serta dilipat.

Nah..tertarik?? yukz kita lihat detail harga dan spesifikasi lengkapnya dari meja laptop portable ini disini Meja Laptop Portable Lipat

Oke semoga tulisan ini dapat bermanfaat buta teman2 semua. Kamu juga dapat membaca tulisan-tulisan saya yang menarik dipage berikut:
Adu Kelebihan blackberry Z10 iPhone5 Galaxys4 dan Lumia920
Memperbaiki Motherboard Laptop rusak
Tips Memulai usaha percetakan digital
Kumpulan desain kaos distro keren
Read More..

Rabu, 01 Januari 2014

Muhyiddin memberi markah “E tolak” kepada Pakatan Di Kedah Ini jawapan Amirudin

TPM bohong tentang Kedah, Mukhriz diam, sindir PAS

Menjawab dakwaan gagal menarik pelabur, PAS Kedah memberikan serangan serampang dua mata dengan menyifatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai berbohong dan timbalan menteri berkaitan Datuk Mukhriz Mahathir cuma berdiam diri.

Exco Kedah Datuk Amiruddin Hamzah berkata, fakta Muhyiddin sewaktu menyampaikan ucapan di Jerlun minggu lalu salah kerana rekod Malaysian Investment Development Authority (MIDA) mencatatkan peningkatan hasil pelaburan.

amiruddin hamzah“Tapi (mereka) kata tak ada pelaburan. Ini bohong ke tak bohong? Bohong!” katanya di hadapan kira-kira 250 hadirin dalam ceramah kelompok di Alor Merah dalam DUN Anak Bukit.
Amiruddin (kiri) yang juga calon di situ berkata, pada zaman BN purata pelaburan sekitar RM1.2 bilion tetapi bawah pentadbiran PAS angka itu melonjak kepada RM3.2 bilion setahun.

Menurutnya, rekod pelaburan terbaik dicatat pada 2011 apabila kemasukan pelaburan sebanyak RM6.14 bilion, sekali gus menyediakan 8,000 peluang pekerjaan.
“(Waktu Muhyiddin berucap) di sebelah dia ada Datuk Mukhriz, timbalan menteri yang bertanggungjawab kepada pelaburan dan perindustrian negara.
“(Mukhriz kata) Saya bangga jadi anak Kedah. Tapi bila orang sebut fakta tak betul, bangkitlah perbetul. Tapi dia tak mempebetulkan.

“Sepatutnya timbalan menteri patut bangun, (kata) apa yang Tan Sri sebut tu, tak berapa tepat,” sindir Amiruddin pada anak bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang diura-urakan sebagai calon menteri besar BN.

Muhyiddin pada 23 April lalu dalam majlis yang turut dihadiri Mukhriz berkata, terdapat sedikit sahaja pencapaian Pakatan sepanjang mentadbir Kedah, malah kad laporan mereka tidak membanggakan.

Muhyiddin memberi markah “E tolak” kepada Pakatan yang didakwa gagal menunaikan janji, antaranya membantu petani, menyediakan kemudahan pendidikan, agama dan kemudahan sosial serta membawa pelaburan dan menyediakan peluang pekerjaan.
‘Dulu banyak pintu tol’

Amiruddin juga memberikan contoh lain usaha kerajaan negeri menyelesaikan pembinaan Kompleks Tunku Yaakob yang didakwanya gagal diselesaikan oleh kerajaan BN selama 30 tahun sekalipun bertukar ganti menteri besar.

Katanya, ekoran ketelusan dalam pentadbiran negeri, semua rundingan dibuat “di atas meja”, dan kerajaan negeri membantu pemaju, maka bangunan tersebut dapat disiapkan.
Sebelum itu katanya, pemaju yang sama mengemukakan cadangan tetapi mengundur diri kerana didakwa berdepan dengan “terlalu banyak kos dan pintu tol”.

“Zaman kita, (pemaju) masuk kertas cadangan dan kita bantu dia. Selesai Kompleks Tunku Yaakob. BN tak dak pasai projek selesai. No way. Tak ada jalan,” katanya.
Amiruddin juga menceritakan rekod kejayaan kerajaan negeri meningkat hasil balak dan kutipan zakat di negeri itu serta menyelesaikan isu perobohan Madrasah Salihiah untuk didirikan sebuah kompleks selepas mendapat persetujuan Jawatankuasa Fatwa Kedah.
Short URL: http://www.freemalaysiakini2.
Read More..

Mahluk mahluk yang diduga Mata Rantai Evolusi yang Hilang

Dalam teori evolusi Darwin terdapat generasi yang hilang, atau dikenal dengan missing-link, penghubung antara generasi mahluk berbulu-berekor seperti monyet dan mahluk cerdas Homo Sapiens (manusia).

Selama puluhan tahun banyak ahli mencari fosil, dan bila perlu mendapatkan bukti hidup. Laporan-laporan di bawah ini merupakan gambaran bagaimana dugaan tentang missing-link itu telah ditemukan.


Apeman, Brazil - 1937

Sebuah foto dari tahun 1937 dimuat di majalah Het Leven ini menggambarkan manusia kera (apeman) yang semakin mendekati bentuk sempurna "manusia". Bibirnya masih tebal seperti milik monyet, namun rambutnya serupa rambut manusia. Tubuhnya bungkuk seolah pembuktian tahapan evolusi saat pra-manusia belum bisa berdiri tegak seperti sekarang.
Selama puluhan tahun foto ini mungkin menggegerkan banyak orang. Namun sekarang justru menuai banyak kritik. Gambar yang belakangan sempat beredar di media online diyakini akal-akalan fotografer Het Leven. Mahluk bungkuk ini sebenarnya hasil make-up, apalagi dahinya yang selalu tertutup rambut merupakan bukti agar make-up pada wajah si "apeman" bisa disembunyikan.



Monyet Sungai Tarra

Francois De Loys, pencari minyak bumi asal Swiss memimpin ekspedisi di Columbia dan Venezuela dari tahun 1917 hingga 1920. Saat berkemah di dekat Sungai Tarra, dua mahluk setinggi 1.57 meter yang mirip monyet mendatangi kemah.
Lenguhan dan sikap yang ingin menyerang membuat De Loys terpaksa menembak. Sang pejantan mati sementara betinanya melarikan diri. Saat inilah De Loys baru sadar kalau ia menembak "monyet" yang aneh. Mahluk ini tidak berekor dan memiliki susunan gigi 32 buah - bandingkan dengan monyet yang memiliki 36 buah gigi.

De Loys lalu mendudukkan monyet tersebut, mengganjal mukanya dengan tongkat lalu memotretnya. Ia melupakan peristiwa ini hingga kembali ke Eropa. Pada tahun 1929, seorang teman yang juga antropolog, George Montandon menemukan foto milik De Loys. Foto ini pun dipublikasikan. Ironis, banyak kritik berdatangan yang mengatakan foto tersebut belum membuktikan soal missing-link. 
 


Yeti, Big Foot, dan Yowie 
Legenda tentang manluk besar mirip monyet namun berdiri tegak telah banyak beredar selama bertahun-tahun. Beberapa orang meyakini pernah menyaksikan dan percaya keberadaannya. Toh, belum ada penelitian yang berhasil menemukan sebagai bukti.

Gambaran Yeti oleh Sir Edmun Hillary
 
Sir Edmun Hillary, orang pertama yang menginjakan kaki di puncak Everest pernah melihat Yeti, mahluk besar berbulu penghuni padang salju saat mendaki gunung tersebut. Hillary juga telah membuat gambar berskala 1/27 atas apa yang dilihatnya. Ia berencana akan mencari Yeti pada ekspedisi selanjutnya, walau kenyataannya ia tidak pernah lagi melihatnya.
Foto Big Foot

Big Foot, mahluk besar berbulu menjadi "urban legend" di Amerika. Banyak orang yakin akan keberadaan Big Foot di dalam hutan. Kisahnya juga sering diangkat ke dalam film. Satu-satunya foto yang berhasil merekam keberadaannya dibuat C. Thomas Biscardi dari San Jose, California, seorang petualan alam liar pada tahun 1980. Tapi, dari foto tersebut, apakah itu benar-benar Big Foot atau manusia berkostum?

Monumen Yowie

Di Australia juga ada legenda tentang mahluk besar yang disebbut Yowie. Penduduk Aborigin percaya bahwa Yowie, mahluk setinggi 5 kaki ini masih hidup.
 


Orang Pendek Sumatera
Indonesia sebagai negara tropis pun memiliki kisah legenda tentang mahluk-mahluk berbulu serupa monyet. Di Sumatera kabarnya terdapat Orang Pendek seperti kera namun berjalan tegak.

Orang Pendek adalah salah satu makhluk cryptozoology yang hidup dan tersebar di beberapa daerah di Pulau Sumatera. Menurut para saksi yang pernah melihat Orang Pendek, makhluk ini memiliki tinggi kira-kira 70-75 cm, tubuhnya ditutupi oleh rambut-rambut yang lebat yang berwarna hitam kecokelatan, dan berjalan tegak. Kadang-kadang ada beberapa saksi yang mengatakan Orang Pendek sering berteriak dengan suara-suara yang aneh.
 
Pada awalnya, banyak para peneliti yang menganggap bahwa Orang Pendek adalah salah satu jenis kera atau siamang yang salah diidentifikasi oleh para saksinya. Tetapi, mereka berubah pikiran setelah mengetahui bahwa para saksi mengatakan bahwa Orang Pendek berjalan tegak. Bukti yang lainnya adalah jejak kaki Orang Pendek yang tidak bisa diidentifikasi sebagai sejenis kera atau siamang.

W Osman Hill, salah seorang ahli cryptozoologist yang terkenal, menganggap bahwa Orang Pendek masih memiliki hubungan dengan manusia purba jenis Homo Erectus yang ditemukan di Jawa. Sedangkan, beberapa ahli cryptozoologist lain mengatakan bahwa Orang Pendek tidak memiliki hubungan dengan Homo Erectus melainkan dengan Hobbit dari Flores. Sedangkan, para penduduk lokal yang tinggal di mana Orang Pendek sering memunculkan dirinya mengatakan bahwa Orang Pendek adalah makhluk yang ramah, sehingga mereka menerima keberadaan Orang Pendek dengan toleransi apapun.

Misteri Orang Pendek mulai tersiar kabarnya pada abad ke-20, tepatnya pada tanggal 21 Agustus 1915. Pada tanggal 21 Agustus 1915, Edward Jacobson menemukan jejak-jejak kaki misterius di tepi Danau Tebo yang berada di bagian Tenggara Gunung Kerinci, Propinsi Jambi. Pemandunya, Mat Getoep, mengatakan bahwa jejak-jejak kaki yang setiap jejak panjang 5 inci tersebut adalah milik Orang Pendek.
Makhluk ini kemudian mendapatkan sorotan internasional setelah seorang penulis berkebangsaan Inggris, Demorah Matyr, menemukan sekumpulan jejak-jejak kaki yang diperkirakan sebagai jejak Orang Pendek di Barat Daya Sumatera. Kemudian, Matyr mencetak jejak-jejak kaki itu dengan gips dan membawanya ke pemerintah yang mengurus taman nasional. Tetapi, sayangnya cetakan jejak-jejak kaki tersebut hilang entah kemana.

Setelah 5 tahun meneliti, akhirnya Matyr melihat Orang Pendek di wilayah Gunung Kerinci pada 30 Sepetember 1994. Setelah jarak beberapa puluh meter dari Matyr, makhluk itu kemudian menoleh ke arahnya lalu lari menjauh dan menghilang di dalam hutan.

Pada tahun 1995, ketika gempa besar melanda Lampung, beberapa penduduk lokal melihat Orang Pendek keluar dari hutan, mungkin takut karena gempa besar tersebut.

Pada tahun 2001, sekelompok tim ekspedisi amatir yang dipimpin oleh Adams Davies menemukan sekumpulan jejak kaki yang dipercaya sebagai jejak Orang Pendek. Kemudian, jejak-jejak kaki tersebut dikirim ke Cambridge untuk diidentifkasi. Hasilnya adalah jejak kaki tersebut adalah seekor kera dengan karakter gibon, orangutan, simpanse, dan manusia.

Pada awal September 2009, mereka melaporkan bahwa mereka menemukan sekumpulan jejak kaki yang diduga sebagai jejak kaki Orang Pendek. Selain itu, dua dari anggota tim ini, yaitu Dave Archer dan Sahar Didmus mengaku melihat Orang Pendek. Mereka mengatakan bahwa bentuk Orang Pendek seperti simpanse tetapi berjalan tegak seperti manusia.
 
 
sumber
Read More..

TERBAIK!!!!! BENDERA PAS BERKIBAR MEGAH DILITAR F1 SEPANG PAS FOR ALL!!!!!!


Rakaman gambar memaparkan bendera PAS berkibar megah seiring dengan bendera negara-negara kepunyaan pemandu F1 yang mengambil bahagian dalam perlumbaan F1 Petronas Grand Prix di Litar F1Sepang petang tadi semasa sesi kelayakan.

Berikut keputusan sesi kelayakan perlumbaan F1 Petronas Grand Prix Malaysia di Litar F1 Sepang di sini, hari ini:... Omak Kau
Read More..

Tun M Dilantik PM Pada Hari Ini Di Tahun 1981

TUN MAHATHIR

Pada hari ini dalam tahun 1981, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri ke-empat olah Yang di-Pertuan Agong dan kemudian mentadbir negara selama 22 tahun, Perdana Menteri paling lama mentadbir dalam sejarah negara.
Perlantikan itu selepas Perdana Menteri ke-tiga Tun Hussein Onn meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri selepas Tun Dr Mahathir berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri sejak tahun 1976. Gambar bersejarah di atas dimuat naik laman Facebook Friends of BN – Barisan Nasional.
Ketika dilantik menjadi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir ketika itu berusia 56 tahun. Salah satu langkah awal sebaik memegang pentadbiran tertinggi eksekutif negara ialah membebaskan 21 tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) (sudah dimansuhkan kini) termasuk seorang wartawan Samad Ismail.
Pada ketika itu, beliau melantik Tun Musa Hitam sebagai Timbalan Perdana Menteri sebelum kemudiannya digantikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri ke-lima pada Oktober 2003.
Tun Dr Mahathir selepas itu menjadi pengasas kepada penubuhan Suruhanjaya Jenayah Perang Kuala Lumpur yang memberi fokus kepada membela nasib mangsa peperangan di Iraq, Lebanon dan Palestin. – Mynewshub
OLEH : IBNU K
Read More..

Kelantan diundi dalam kumpulan maut

Piala Malaysia

JUARA bertahan Piala Malaysia, Kelantan dijangka berdepan tugas getir untuk mengekalkan piala itu bagi tahun kedua berturut-turut apabila diundi dalam kumpulan maut bersama tiga bekas juara.   
   
Pada majlis undian yang diadakan di Pusat Konvensyen TM, di sini hari ini, juara Piala FA 2013 itu diundi dalam kumpulan C bersama dua jiran mereka iaitu Pahang dan Terengganu selain juara tiga kali, Negeri Sembilan.
   
Juara Liga Super, Lions XII FC sebaliknya berpeluang cerah untuk menempah slot ke suku akhir berdasarkan faktor kelebihan beraksi di atas padang rumput tiruan di Singapura walaupun diletakkan dalam Kumpulan D bersama juara Liga Perdana, Sarawak serta Perak dan Kedah.
   
Dalam saingan kumpulan A, juara 32 kali, Selangor, yang merupakan naib juara Liga Super musim ini, diundi bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Sime Darby FC dan Johor FA.
   
Pasukan berstatus bintang, Johor Darul Takzim (Johor DT) yang meraih tangga ketiga dalam saingan Liga Super musim ini, bakal mengetuai cabaran dalam kumpulan B bersama tiga pasukan berstatus kelab iaitu Selangor PKNS FC, T-Team dan Felda United FC.
   
Perlawanan pertama peringkat kumpulan Piala Malaysia hanya dijadualkan bermula pada 20 Ogos ini untuk memberi laluan kepada pasukan Kelantan dan ATM yang terlibat dalam Kejohanan Bola Sepak Kelab Persatuan Bola Sepak Malaysia    (FAM) - Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) pada 12 dan 13 Ogos.
   
FAM masih mengekalkan format lama dengan dua pasukan terbaik daripada setiap kumpulan itu layak secara automatik ke peringkat suku akhir manakala perlawanan akhir dijangka berlangsung pada 3 Nov ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil. - Bernama
Read More..

Letupan akibat gas bocor ranap pangsapuri

8 Ogos 2013

API marak dilihat memusnahkan sebuah bangunan selepas masalah kebocoran gas menyebabkan satu letupan besar berlaku di Rosario, Argentina kelmarin.


ROSARIO, Argentina - Satu letupan kuat akibat kebocoran gas telah meranapkan sebuah pangsapuri sepuluh tingkat dan menyebabkannya terbakar di sini kelmarin. 

Insiden itu mengakibatkan sekurang-kurangnya lapan maut dan 61 yang lain cedera. Pegawai perbandaran juga menyatakan sekurang-kurangnya 19 orang masih hilang.
Ratusan anggota bomba dan penyelamat bertungkus-lumus untuk mencari mangsa yang mungkin terselamat, walaupun risiko bangunan tersebut runtuh amat tinggi. 

"Seramai lapan orang maut. Operasi mencari akan diteruskan sepanjang malam. Terdapat 19 orang yang masih hilang," kata Datuk Bandar Rosario, Monica Fein.
Letupan itu meranapkan bahagian hadapan bangunan. Api yang marak juga dapat dilihat dengan jelas dari balkoni. Fein memberitahu sebanyak 17 buah ambulans telah dikejarkan ke tempat kejadian.

Orang ramai yang berada dalam jarak dua kilometer dari lokasi letupan dipindahkan. Sebanyak 11 buah sekolah turut ditutup dan bekalan gas dipotong.
Pasukan keselamatan menyatakan anggotanya dapat menyelamatkan mangsa menerusi bumbung sebuah pasar raya bersebelahan. - AFP

 kosmo
Read More..

Lelaki Lempar Bayinya ke Lantai Kerana Marah

18 Mei 2013

 
 Asia One
Beijing - Kerana marah, seorang lelaki di China   melempar bayinya yang berusia 1 tahun ke lantai. Akibat perbuatan ini, bayi laki-laki ini mengalami luka retak di bahagian tulang tengkorak.

Insiden ini terjadi hanya selang beberapa hari setelah lelaki bernama Chen (31) ini menusuk isterinya sendiri. Dalam insiden penusukan tersebut, keduanya bertengkar soal jadual mengasuh anak-anak mereka.

Seperti dilansir Asia One, Jumaat (17/5/2013), akibat penusukan ini, isteri Chen terpaksa dirawat di rumah sakit. Pada 12 Mei lalu, Chen pun mengajak serta puteranya itu menjenguk isterinya di rumah sakit.

Tak diduga, kembali terjadi insiden kekerasan. Dalam insiden yang terakam kamera CCTV ini, terlihat Chen sedang sibuk menelepon sambil menggendong puteranya di pundaknya. Beberapa saat kemudian, Chen terlihat marah dan melempar anaknya ke lantai dengan sangat kuat.

Menurut media setempat, China Daily, bayi tersebut mengalami luka cukup parah akibat insiden tersebut. Bayi laki-laki tersebut mengalami retak tulang tengkorak dan pendarahan di bahagian otak.

Kini, bayi tersebut masih menjalani perawatan medis di Rumah Sakit Anak Shanghai. Dilaporkan, kondisinya sudah stabil.

Sedangkan sang ayah, yang bekerja sebagai tukang kayu, telah ditangkap oleh polis  setempat.detikNews
Read More..

7 Fenomena Alam Teraneh Menakjubkan

Suatu fenomena alam merupakan hal yang tercipta akibat perpaduan faktor alam dengan faktor yang lainya. Tetapi fenomena alam itu memiliki kurun waktu yang singkat dan jarang sekali terjadi untuk yang kedua kalnya. Berikut 7 Fenomena alam teraneh sekaligus menakjubkan

1. Api Terjun (Horsetail Falls)

Fenomena Api Terjun ini terdapat di Yosemite National Park yang terletak di California. Dinamakan Api terjun karena pada saat air jatuh dari ketinggian sekitar 2000 kaki, mirip dengan cairan lava yang sedang jatuh dari atas. Sebenarnya fenomena ini bukanlah lava yang jatuh, melainkan air yang sedang terjun mendapatkan efek dari sinar matahari yang akan terbenam. Namun fenomena ini harus didukung dengan cuaca yang cerah, keberadaan matahari yang tepat saat menyinari air, dan debit air yang cukup banyak untuk bisa membuat Air terjun di Yosemite National Park mirip dengan cairan lava yang sedang jatuh.
2. Ice Circle
Fenomena Ice Circle ini bisa terjadi di mana saja. Biasanya fenomena ini sering terjadi di daerah sungai yang meiliki arus yang lambat serta iklim yang dingin. Bentuknya mirip seperti piringan yang berputar secara perlahan. Fenomena ini juga pernah terjadi sekitar tahun 1930 di Toronto, Canada.
3. Crop Circle
Mendengar namanya, pasti fenomena ini sudah tak asling lagi di telinga kita. Yah, itulah Crop Circle. Sebuah lingkaran yang mempunyai motif berbeda-beda antara satu dengan yang lainnya. Fenomena ini pertama kali muncul sekitar akhir tahun 1970-an di London, Inggris. Namun di Indonesia juga fenomena ini pernah muncul, yakni di Sleman, Yogyakarta pada 23 Januari 2011. Penyebab utama pembuatan Crop Circle ini masih menyimpan banyak tanya. Apakah buatan manusia, buatan alam, atau buatan makhluk dari luar bumi. Kini masalah itu saling diperdebatkan, tapi kebanyakan dari ilmuwan berpendapat bahwa Crop Circle itu dibuat oleh tangang-tangan kreatif manusia.
4. Gelombang Beku
Fenomena ini terjadi di daerah Antartika. Penyebab utama terjadinya gelombang beku ini yaitu reaksi antara salju dengan kondisi di Antartika. Misalnya ketka sebuah gunung es yang jatuh ke laut maka akan menimbulkan sebuah gelombang, dari gelombang itu bereaksi dengan salju dan akan menghasilkan gelombang beku. Apabila gunung es yang jatuh ke laut membawa Alga, maka gelombang yang terbentuk akan memiliki garis-garis warna seperti, hijau, coklat, hitam dan kuning.
5. Halo Matahari (Cincin Matahari)
Fenomena ini sebenarnya pernah terjadi di San Frasisco, dan di negara Indonesia pun juga pernah merasakan fenomena ini yaitu pada tanggal 04 Januari 2011 yang terjadi di kota Yogyakarta. Namun sebelumnya juga fenomena ini pernah terjadi di Padang pada tahun 2009. Fenomena ini terbentuk akibat kristal es yang membentuk sebuah busur berwarna putih dan berbintik-bintik yang dibiaskan ke atas langit sehingga menciptakan sebuah cincin yang mengelilingi matahari. Namun ada opsi lain yang bisa menciptakan lingkaran cincin diantara matahari, yaitu faktor cuaca yang dingin. Karena cuaca dingin dapat membuat kristal-kristal es yang sudah berubah menjadi debu berlian mengapung ke udara dan menimbulkan cahaya yang melingkari matahari.
6. Pelangi Api (Fire Rainbow)
Di Indonesia, fenomena ini sempat terjadi di daerah Makasar. Tapi bagaiman fenomena itu bisa terjadi ? Fenomena yang biasa disebut ‘Busur Circumhorizon’ sebenarnya terjadi akibat sinar matahari yang menembus awan-awan terang yang berada di ketinggian yang cukup tinggi. Karena awan-awan itu terbentuk akibat kristal-kristal heksagonal, maka sinar matahari yang masuk melalui permukaan vertikal kristal-kristal di atas akan meninggalkan beberapa warna seperti pelangi.
7. Morning Glory Cloud
Fenomena ini tergolong suatu fenomena yang sangat langka. Namun fenomena ini pernah terjadi di Teluk Carpenataria, Australia. Awan ini mempunyai bentuk memanjang dengan panjang yang dapat mencapai 1000 km dan memiliki ketinggian antara 1-2 km. Awan ini sering disebut juga dengan istilah Solitary atau Soliton Wave karena bentuknya seperti gelombang yang bergerak dengan kecepatan 60km/h.
Read More..

Top 10 Penyakit Paling Membunuh

10.TRAFFIC  ACCIDENTS


9.MALARIA

8.TUBERCULOSIS


7.DIARRHOEAL DISEASES

6.DIGESTIVE DISEASES


 5.HIV/AIDS


4.LUNG DISEASE
3.RESPIRATORY INFECTIONS



2.CANCER
 


1.HEART DISEASE 
MAKA!!
BERPUASALAH!!
KEBAIKAN BERPUASA DARI SUDUT SAINS :
Para penyelidik ilmu perubatan telah membuktikan bahawa puasa dapat membuang toksik / racun dari badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit. Menurut Dr. Mac Fadon, seorang doktor dari Amerika, “Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut.” Banyak kejayaan beliau mengubati pesakit2nya dengan menganjurkan mereka agar berpuasa sebagai alternatif kepada ubat2 moden. Dan puasa bukan sahaja dapat menjaga kesihatan dan melawan penyakit bahkan dapat juga menajamkan minda kita.
Dalam ilmu biologi, ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Sebab itulah apabila kita makan sampai terlalu kenyang, otak kita akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas. Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.
Al-Harits seorang doktor Arab mengatakan :
“Yang banyak membunuh manusia adalah kerana manusia suka memasukkan makanan pada perut sebelum makanan dalam perut dicerna.”
Dr. Alexis Carel seorang doktor antarabangsa dan pernah memperolehi penghargaan nobel dalam bidang kedoktoran telah menyatakan bahawa dengan berpuasa dapat membersihkan pernafasan.
waAllahua3lam
Read More..

GST Boleh Jadikan Harga Lebih Murah


KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia boleh menikmati barangan dan perkhidmatan yang lebih murah bagi banyak keperluan asas sekiranya kerajaan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sedia ada.

Cukai itu, yang dijangka dilaksanakan pada 2015, akan menyaksikan cadangan kadar empat peratus bagi menggantikan kadar 10 peratus bagi cukai jualan dan lima peratus cukai perkhidmatan yang diguna pakai sekarang.

GST akan dikenakan ke atas penggunaan barangan dan perkhidmatan di semua tahap rantaian bekalan.

Sekiranya dilaksanakan, 40 keperluan makanan asas, termasuk beras, gula, susu tepung dan tepung akan disenaraikan sebagai barangan sifar cukai, manakala perkhidmatan asas seperti penjagaan kesihatan, mungkin diklasifikasikan sebagai dikecualikan cukai.

Kebanyakan barangan ketika ini dikenakan cukai di bawah SST dan peralihan kepada GST akan meringankan beban golongan miskin, Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, dipetik sebagai berkata.

GST akan memastikan harga barangan tidak akan meningkat.

Selain itu, tidak semua produk akan dikenakan cukai penuh di bawah cadangan GST kerana produk tertentu akan dikenakan hanya separuh daripada kadar GST.

“GST suatu yang perlu, ia bukan satu pilihan,” kata Mohd Irwan Serigar sambil menambah sekiranya rejim cukai baharu itu dilaksanakan, kerajaan yakin dapat mengurangkan defisit fiskal keluaran dalam negara kasar pada 2015 dan mencapai lebihan menjelang 2020.

Sementara itu, Naib Presiden Kanan/Ketua Penyelidikan MIDF Amanah Investment Bank Bhd, Zulkifli Hamzah berkata walaupun pelaksanaan GST mengakibatkan inflasi, ia hanya bagi tempoh jangka pendek kerana corak penggunaan dapat disesuaikan dari masa ke semasa.

“Kami menjangka GST akan membawa kesan inflasi sementara ke atas harga, sama dengan bukti yang ditemui di banyak negara yang telah memperkenalkan cukai itu.

“Kesan inflasi GST akan bergantung kepada kadar yang akan diputuskan, pengecualian dan langkah-langkah selari bagi mengurangkan kenaikan harga,” katanya kepada Bernama.

Jabatan Kastam Malaysia berpendapat kesan inflasi GST adalah minimum kerana barang makanan asas dan keperluan tidak akan dikenakan cukai manakala kemudahan awam akan dikecualikan.

Faktor lain ialah kos pengeluaran rendah kerana GST dibayar bagi input boleh dituntut oleh perniagaan, manakala penjimatan daripada kredit cukai input boleh disalurkan kepada pengguna dalam bentuk harga rendah.

GST, cukai penggunaan secara meluas, atau cukai tokokan nilai, kali pertama dibentangkan di Dewan Rakyat pada 16 Disember, 2009, untuk menggantikan SST sekarang, tetapi telah ditarik balik tahun lepas untuk pindaan.

Peralihan itu akan menjadi sebahagian daripada pembaharuan fiskal yang dilaksanakan kerajaan bagi mengurangkan defisit fiskal dan mencapai bajet seimbang neutral pada 2020, membantu negara mencapai ekonomi berpendapatan tinggi serta status negara maju.

Pakar ekonomi berpendapat sekarang adalah masa yang sesuai untuk melaksanakan GST sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan hasil kerajaan.

Apabila dilaksanakan pada kadar hasil-neutral empat peratus, cukai baharu itu dianggarkan meraih hasil RM18 bilion, yang hampir sama dengan hasil RM16 bilion hingga RM17 bilion daripada cukai jualan dan perkhidmatan sekarang pada kadar purata tujuh peratus.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengumumkan GST dalam Belanjawan 2014 pada 25 Oktober ini.

GST akan mengambil masa 14 bulan untuk dilaksanakan selepas ia diumumkan. – BERNAMA
Read More..

Bila monyet mencuri kamera

Kenapa monyet ini tersenyum sendiri ?
Seorang jurugambar David Slate telah tertinggal kamera di hutan utara Sabah
Iaitu kawasan yang paling banyak monyet.Secara tidak sengaja ada di antara monyet-monyet itu sudah terambil gambar sendiri.Kemudian monyet-monyet itu memulangkan kembali kamera David Slate di tempat asalnya.Inilah hasilnya setelah filem dari kamera itu di cuci.
Baik punya posing...

Heee Hensem juga aku ni...

David Slater dan monyet yang telah mengambil kameranya.
Read More..

Fiza Sabjahan Failkan Fasakh Terhadap Suami


AGAK mengejutkan juga berita yang kami dengar mengenai pengacara program Wanita Hari Ini dI TV3, Fiza Sabjahan yang telah menfailkan fasakh terhadap suaminya, Afief Farhan Fauzi.

Rasanya, belum pernah kami mendengar sebarang gosip yang melanda perkahwinan pasangan yang bernikah pada 2 April 2010 itu.

Memetik laporan Media Hiburan, Fiza sebelum ini menfailkan perceraian secara baik dengan suaminya pada 1 Ogos lalu kerana mendakwa tidak diberi nafkah sejak tiga tahun lalu.

Namun, ia dibantah oleh Afief sehingga menyebabkan tuntutan itu dipinda kepada fasakh.

Apapun, kami berharap agar hubungan pasangan ini masih boleh diselamatkan. Namun, segalanya terserah kepada Fiza dan Afief kerana mereka lebih memahami apa yang berlaku.

Oleh: ELZA
Read More..

Sidek Baba yang saya kenal Mangsa ISA

Harakahdaily 

Hj Omar Bin Abdul Rahman, 07 Apr 2013



Saya mengenali Sidek Baba sejak 1977 bila saya menjadi Mahasiswa Universiti Malaya dan Sidek menjadi AJK Minggu Orientasi-UM. Kami panggil dia Cikgu Sidek kerana dia sudah dewasa umurnya.Dia senior saya satu tahun sahaja dari segi senioriti di universiti tetapi saya jauh lebih muda dari beliau dari segi umur kerana saya fresh dari sekolah dan terus ke universiti.


Saya mengikuti dari dekat perkembangan kerjaya Sidek. Sidek bercerita bagaimana beliau datang dari keluarga susah. Bermula bekerja sebagai budak pejabat kemudian ambil kelas malam dan lulus SPM. Kemudian ke Maktab Perguruan. Mengajar di sekolah. Kemudian ambil kelas malam. Lulus STPM dan masuk ke Universiti Malaya.

Klik untuk baca penuh cerita ini.
Read More..

renungan kekasihku dalem banget ndan

Jokes21.tk | Renungan


[renungan] kekasihku [dalem banget ndan]

Jokes21.tk | Renungan

kekasihku

sayang,,
jika aku jatuh nanti, bantu q tuk bangun, obati lukaku dan hapus air mataku

jika aku buta, bimbing langkahku, terangi mimpiku

jika aku bersedih, tunjukan aku bahagia, ajarkan aku senyum dan perlihatkan padaku ceriamu


tapi

tapi...
jika aku MATI, jangan menangis, jangan kecewa, & jangan terluka, karena jika kau menangis, aku tak mampu bangun lagi tuk menghapus air matamu


Jokes21.tk | Renungan

:puppyeyes: maaf kalau isinya kurang menarik.....
Read More..